Sunday 23 December 2012

24.12.12

Assalamualakum..
Rasanya hari ni aku tetiba tergerak hati nak menulis..nak ada buku sendiri..cara penulisan aku sendiri.
Subjek bahasa melayu memang menjadi favourite masa aku sekolah dulu. Bakatku mula diketahui semasa tingkatan 3. Aku sering memilih untuk menulis cerpen pendek dan karangan yang ceritanya aku reka dan kadang-kadang ada tempias dengan kehidupan aku sendiri.
Tetapi bila dah melanjutkan pelajaran, bakat tu seperti hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana....
1. Sambung belajar dalam bidang IT(hmm..bidang pilihan ayah untuk aku..redah ja lah)
2. Jadi anak sulung yang perlu selesaikan masalah keluarga(biarlah ia menjadi rahsia dan kenangan)
3. Berumah tangga di usia yang agak muda bersama utusan dari yang maha esa sebagai syurga dunia(Shaid bin Jaffar)
4. Menjadi ibu setahun selepas itu. Amanah harta yang paling bernilai dari semua yang ada di dunia(Hallaj Fansuri)
5. Menjadi pendidik di Kolej Komuniti, membantu komuniti yang tercicir dalam bidang kemahiran(Kolej Kominiti Jasin Julai 2009-Disember 2011, Kolej Komuniti Batu Pahat Jan 2012 hingga sekarang)
Apapun alasan dan kekangan yang wujud, akunperlu mulakan sekarang.
Alhamdulillah aku telah bermula.

No comments:

Post a Comment