Wednesday 22 May 2013

Masa

Alhamdulillah..malam ini saya teringin untuk berkongsi hasil pembacaan saya melalui sebuah buku bertajuk Komplikasi Jiwa Muslim dari Dr, Hm Tuah Iskandar...

Mari sama-sama kita fikirkan..

Setiap kita diberikan masa yang sama banyak tanpa mengira siapa kita. Biarpun orang kaya, miskin, pandai atau bodoh, semuanya mendapat peruntukan masa yang sama banyak iaitu 24 jam. Hanya yang membezakan antara kita ialah tentang umur. Ada orang umur panjang sehingga mencecah 70 tahun. Tetapi ada juga yang tidak sempat mencecah angka tersebut. Namun yang pasti 24 jam tetap milik kita. Pengasihnya DIA Yang Maha Agung. Sebagai seorang insan yang bergantung hidup di atas keizinan dan kebenaranNYA,pernahkah kita mengambil kira bagaimana 24 jam itu kita belanjakan?

Setiap kali kita mendapat gaji, kita akan mengira sebaik mungkin ke mana wang itu akan dibelanjakan. Setiap sen dihitung untuk belanja keperluan dapur, persekolahan anak-anak, bil utiliti dan sebagainya. Baki wang akan disimpan sebagai persediaan menghadapi saat-saat sukar yang tidak dijangkakan.

Pernahkan pula kita mengambil pen dan kertas lalu mengira jumlah masa yang dimiliki sebagaimana kita mengira wang perbelanjaan bulanan? Masa yang ada jangan disia-siakan kerana diantara anugerah paling berharga yang diberijan Allah s.w.t secara percuma selain nikmat iman, Islam, kesihatan rezeki.

No comments:

Post a Comment